Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di temasya Olimpik Rio de Janeiro awal pagi tadi, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang masih ‘menyimpan rasa’ terhadap kerajaan Terengganu.

Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, Azizulhasni meluahkan rasa ‘terima kasih’ khas untuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Katanya, kerajaan negeri Terengganu tidak sudi membelikan sebuah basikal RoadBike untuk kegunaan mereka dalam persiapan sukan Olimpik walaupun kertas kerja sudah dihantar lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio.

Azizulhasni juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas, malah membisu apabila pengurusnya menghubungi menteri besar itu suatu ketika dulu.

Azizulhasni meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *